Saturday, January 22, 2011

SchoolNet

Salam sejahtera

Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor meminta satu penangguhan pemasangan internet sekolah sehingga satu kata putus dicapai sewaktu mesyuarat bersama KPM pada 17 Januari 2011. Talian Schoolnet sedia ada akan dilanjutkan kepada 31 Januari 2011. Sebarang ganguan capaian sila melapor kepada helpdesk schoolnet seperti biasa. Satu taklimat promosi akan diadakan bersama TM pada 2.30 petang, 24 Januari 2010 di PKG Benut. Kehadiran seorang wakil setiap sekolah (Pengetua/Guru Besar atau Guru Penyelaras ICT). Diharap pihak sekolah jangan mendaftar dahulu sebarang perkhidmatan internet untuk mengelakkan masalah berbangkit kelak.


No comments:

Post a Comment