Friday, January 21, 2011

Majlis Bicara Perdana


Ruj. Kami : SMKKB.100/(2)

Tarikh : 16 JANUARI 2011

Ke Majlis

Ibu Bapa/Penjaga Dan Semua Guru

Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas

SMK Kota Bharu

Tuan/Puan,

MAJLIS BICARA PERDANA PMR, SPM DAN 6 ATAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG dan pihak sekolah akan mengadakan majlis mesra antara PIBG dan pentadbir bersama ibu bapa sebagaimana berikut:-

Tarikh

: 22 Januari 2011 (Sabtu)

Masa

: 8.30 pagi (Pendaftaran)

Tempat

: Dewan Jati SMK Kota Bharu

3. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Untuk makluman tuan/puan, penyerahan slip peperiksaan akhir tahun pelajar juga akan diadakan.

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan disudahi dengan ucapan jutaan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PELAJAR GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

..........................................................................

(HJH MAZENAH BINTI MOHAMED),

Pengetua,

SMK Kota Bharu,

Kota Bharu, Kelantan.

No comments:

Post a Comment