VISI SEKOLAH
|
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
|
MISI SEKOLAH
|
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
|
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
|
- Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
- Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
|
FALSAFAH SEKOLAH
|
Pengajaran dan pendidikan berkesan merupakan usaha berterusan ke arah melahirkan masyarakat yang berilmu, mengenal potensi diri, mengamalkan nilai-nilai murni, sanggup berdikari demi meningkatkan kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran masa depan. Kesepaduan semua elemen ini berpaksikan usaha untuk merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan.
|
MATLAMAT SMK KOTA BHARU
|
- Meningkatkan kadar prestasi kecemerlangan tahun demi tahun
- Meninggikan peratus lulus sehingga tiada seorang pelajar pun yang gagal
- Memastikan semua pelajar terlibat secara aktif dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum untuk perkembangan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek dan emosi.
- Memastikan nilai-nilai Islam dipraktikkan dengan berkesan dalam semua aspek kehidupan untuk melahirkan para pelajar yang bersahsiah tinggi dan bertatasusila yang diterima oleh masyarakat.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang beriman dan bertaqwa serta progresif, dinamis dan bersedia menjunjung aspirasi agama, bangsa dan negara.
- Mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih indah, bersih dan selesa, sesuai dengan keperluan pendidikan.
|
OBJEKTIF SMK KOTA BHARU
|
- Meningkatkan kecemerlangan prestasi dalam PMR, SPM dan STPM
- Memantapkan kepatuhan pelajar kepada peraturan dan disiplin sekolah supaya sentiasa berada pada tahap “Zero Defect”
- Memantapkan taraf profesionalisme guru khususnya dalam bidang pedagogi dan pengurusan personalia pelajar
- Melahirkan pelajar yang beriman dan bertaqwa, berilmu dan berketrampilan serta menguasai teknologi maklumat
- Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang bersih, indah selamat, harmoni dan menyeronokkan
- Melahirkan pelajar yang cergas dan berwibawa dalam bidang kokurikulum dan kepemimpinan
- Menjalin kerjasama dan permuafakatan yang utuh dalam kalangan staf sebagai satu pasukan
- Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan komuniti sekitar dan pihak-pihak lain yang berkaitan.
|
PIAGAM PELANGGAN
|
Kami warga
Sekolah menengah Kebangsaan Kota Bharu
dengan penuh berazam dan iltizam
berikrar dan berjanji
akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami
untuk:
- Sentiasa mempastikan semua pelanggan mendapat khidmat yang memuaskan melalui amalan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga SMKKB
- Mendidik semua pelajar sekolah ini dengan ikhlas, sabar dan tekun bagi mempastikan setiap individu pelajar berubah ke arah positif dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum
- Sentiasa menangani segala masalah pelajar dengan berhemah, penuh timbangrasa dan kasih sayang
- Sentiasa memelihara hubungan mesra dengan ibu bapa dan masyarakat sekitar melalui pakatan strategik bagi mewujudkan kerjasama dua hala yang baik dan berkesan untuk pendidikan anak-anak mereka
- Bekerja dengan penuh kesungguhan dan kesegeraan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta semua arahan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua yang berkepentingan (stake-holder).
Kami warga
Sekolah Menengah Kebangsaan
percaya dan yakin
dapat memunaikan piagam ini
dengan sebaik-baiknya.
|
PRINSIP & AMALAN
|
Berteraskan Pengurusan Kualiti Menyeluruh
(Total Quality Management)
yang mempunyai matlamat untuk:
- Memperolehi kepuasan pelanggan
- Mengekalkan kakitangan yang terlatih dan kemahiran, dan
- Memperoleh peningkatan prestasi di semua peringkat organisasi
- Bekerja dalam satu pasukan
- Budaya kerja cemerlang
|
Lagu Sekolah
|
SMKKB Sekolahku
Namamu megah dicanang
SMK Kota Bharu indah tersergam
Pelajar gemilang sekolah terbilang
Itulah motto dipegang
Sahsiah dibentuk setiap hari
Ilmu dan amalan dibaji
Pelajar bermaruah berjati diri
Menjadi pelajar bestari
Ibu bapa guru bertaut satu
Genggam hasrat visi dan misi
Bersatu hati tiada rasa jemu
Untukmu putra putri
Kami bertekad menjunjung visi
Pelajar gemilang sekolah terbilang
Akan tetap kami merealisasi
Demimu sekolahku terbilang
|
Sejarah Sekolah
|
Sekolah Menengah Kota Bharu telah ditubuhkan pada 21 Mac 1969 oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, YB En Mohd Khir b Johari. Pada tahun 1980'an SMKKB telah menerima tambahan bangunan dan kemudahan asas manakala pada tahun 2002, SMKKB telah menerima sekali lagi tambahan bangunan dan kemudahan asas. Bangunan tersebut dibina di tapak bangunan kantin yang lama. Bangunan 4 tingkat ini dapat disiapkan pada tahun 2003. Bangunan tersebut digunakan sebagai Bilik Gerakan, Bilik Tayangan dan selebihnya bilik darjah bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Di tingkat bawah bangunan telah dijadikan kantin sekolah. |
Pengetua-Pengetua (1965 - sekarang)
|
Bil
|
Tahun
|
Nama Pengetua
|
01. | 1965 - 1966 | En Khaw Mong Hua |
02. | 1966 - 1968 | En Henry Fareira |
03. | Jan 1969 - Jan 1972 | En Raj Kumar |
04. | Dis 1972 - 1977 | En Phang Ngit Min |
05. | April 1977 - Jan 1980 | En Sabri b Salleh |
06. | Jan 1980 - Mac 1983 | En Yusof b Hj Nik Daud |
07. | Feb 1984 - Jan 1989 | Pn Hjh Kamariah bt Jalil |
08. | Feb 1989 - Dis 1990 | Tn Hj Muhammad b Ab Rahman |
09. | Mac 1991 - Dis 2000 | Tn Hj Ab Rashid b Yusoff |
10. | Jan 2001 - Feb 2004 | Pn Hjh Rohani bt Ismail |
11. | 16 Mac 2004 - 25 Jun 2008 | Pn Hjh Wan Yam bt Wan Sulaiman |
12. | 14 Ogos 2008 - 13 Dis 2010 | Pn Hjh Wan Radziah bt Wan Mustapa |
13. | 15 Dis 2010 - 30 Jan 2012 | Pn Hjh Mazenah bt Mohamed |
14. | 23 Sept 2012 - Dis 2014 | Pn Hjh Fauziah bt Mohamed |
15. | Dis 2014 - Okt 2015 | Pn Hjh Wan Dalilah Bt Wan Alwi |
16. | 16 Dis 2015 - | Datin Hjh Tuan Maznah Bt Tuan Ibrahim |
Lencana Sekolah
|