Wednesday, January 26, 2011

Tamat SchoolNet

Assalamualaikum Tuan/Puan,
Makluman kepada semua sekolah JPN Kelantan, sekolah tuan bebas memilih ISP dan mendaftar talian internet ke sekolah masing-masing dengan peruntukan tidak melebihi rm600 sebulan dalam 1 bil dan tanpa ikatan kontrak berkuatkuasa sekarang sebagaimana surat siaran KPM (KP (KSU)001/10 bertarikh 29 Disember 2010. Harap maklum.
-- Pn. Zuriah MuhamadPenolong Pengarah ICT & PengkomputeranSektor Pengurusan AkademikJabatan Pelajaran KelantanTel : 09-7418072 Fax : 097418004

Mesyuarat Agung Rumah Sukan

Saturday, January 22, 2011

SchoolNet

Salam sejahtera

Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor meminta satu penangguhan pemasangan internet sekolah sehingga satu kata putus dicapai sewaktu mesyuarat bersama KPM pada 17 Januari 2011. Talian Schoolnet sedia ada akan dilanjutkan kepada 31 Januari 2011. Sebarang ganguan capaian sila melapor kepada helpdesk schoolnet seperti biasa. Satu taklimat promosi akan diadakan bersama TM pada 2.30 petang, 24 Januari 2010 di PKG Benut. Kehadiran seorang wakil setiap sekolah (Pengetua/Guru Besar atau Guru Penyelaras ICT). Diharap pihak sekolah jangan mendaftar dahulu sebarang perkhidmatan internet untuk mengelakkan masalah berbangkit kelak.


Majlis Bicara Perdana 22 Jan 2011


























































Sekian. Terima kasih.

Friday, January 21, 2011

Majlis Bicara Perdana


Ruj. Kami : SMKKB.100/(2)

Tarikh : 16 JANUARI 2011

Ke Majlis

Ibu Bapa/Penjaga Dan Semua Guru

Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas

SMK Kota Bharu

Tuan/Puan,

MAJLIS BICARA PERDANA PMR, SPM DAN 6 ATAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG dan pihak sekolah akan mengadakan majlis mesra antara PIBG dan pentadbir bersama ibu bapa sebagaimana berikut:-

Tarikh

: 22 Januari 2011 (Sabtu)

Masa

: 8.30 pagi (Pendaftaran)

Tempat

: Dewan Jati SMK Kota Bharu

3. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Untuk makluman tuan/puan, penyerahan slip peperiksaan akhir tahun pelajar juga akan diadakan.

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan disudahi dengan ucapan jutaan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PELAJAR GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

..........................................................................

(HJH MAZENAH BINTI MOHAMED),

Pengetua,

SMK Kota Bharu,

Kota Bharu, Kelantan.